Saturday, July 18, 2009

LAGU LAST POST

Sejarah



Bengel(tuang -tuang) digunakan kerana bunyinya yang nyaring membolehkan ia didengar dari jarak jauh dan digunakan sebagai alat komunikasi (sebelum kemunculan radio). Boleh dibahaskan bahawa lagu Last Post adalah lagu yang paling dikenali ramai. Lagu ini digunakan untuk mengakhiri aktiviti harian, dan juga untuk memperingati mereka yang terkorban dalam perang sama ada di majlis pengkebumian ataupun di majlis-majlis peringatan. Last post digunakan oleh Britain dan negara-negara Komanwel. Di Norway, upacara yang sama menggunakan "Bønn" (Doa) sementara di Amerika Syarikat, lagu yang digunakan adalah Taps.

Last Post pada asalnya adalah satu lagu panggilan begol yang digunakan di kem-kem Tentera British untuk mengisyaratkan akhirnya aktiviti harian di kem tersebut. Nama lagu itu berasal daripada amalan memeriksa kesemua pos kawalan (sentry post) di sekeliling kawasan kem tersebut dan membunyikan tiupan begol di setiap pos kawalan. Lagu Last Post dimainkan apabila pegawai selesai memeriksa pos kawalan terakhir, dan menandakan keadaan selamat dan aktiviti harian boleh ditamatkan pada hari itu dengan selamatnya.

Amalan ini boleh dikesan seawal kurun ke-17 dan dimulakan oleh askar-askar Tentera British yang ditempatkan di Negeri Belanda, di mana ia mengikuti satu tradisiBelanda dipanggil Taptoe. (Taptoe sendiri berasal daripada keperluan mengisyaratkan saat bila mana tong memeram bir perlu ditutup, bagi menandakan berakhirnya kerja pada hari itu).

Dalam kurun ke-19, Last post dibawa ke seluruh pelosok Empayar British oleh Tentera British di mana lagu ini digunakan semasa upacara pengkebumian askar yang mati dan dimainkan sebagai tanda mengucapkan selamat tinggal kepada askar tersebut menandakan bahawa tugas askar itu sudah berakhir dan jasadnya boleh bersemadi dengan aman.


Penggunaan Lagu Last Post

Unit-unit dalam Tentera Darat Malaysia masih mengamalkan mainan lagu Last Post pada malam hari. Rakaman lagu Last Post boleh diperolehi dari laman web Tentera Darat Malaysia [1] Last Post juga dimainkan di majlis awam memperingati korban perang, seperti pada Hari Peringatan di negara-negara Komanwel. Di Australia dan New Zealand, last Post dimainkan pada hari ANZAC. Kanada juga menggunakan Last Post sebagai lagu memperingati korban perang dan sebagi penutup aktiviti harian.


SUMBER : WIKIPEDIA

0 comments: